HOME PRINCESS TUTORIAL FREEBIES EX.LINK EXBANNER ORDERING +FOLLOW D'BOARD

Tuesday, January 29, 2013

✿ Islamic Fashion Festival Dari Sudut Ilmiah Islam ✿



Kita sering mendengar berkenaan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W ini hanya terjadi di kalangan orang-orang kafir sahaja. Ini kerana mereka sendiri tidak berpuas hati dan bersetuju dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W . Mereka juga sentiasa mencuba pelbagai cara dan wasilah untuk menunjukkan rasa benci mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Apa yang menyedihkan lagi, perbuatan sekutuk ini bukan hanya didominasi oleh orang kafir sahaja, malah sekarang ini orang Islam sendiri juga bersubahat dan tidak ketinggalan untuk turut sama menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan tanpa disedari.

Baru-baru ini heboh berkenaan penganjuran Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion Festival yang kononnya ingin memperagakan pemakaian secara Islam yang sebenar, tetapi malangnya disebalik niat baik tersebut terdapat unsur-unsur yang menghina kemulian junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di tempat yang tidak selayaknya. Jika kita melihat kepada gambar di atas, kelihatan seorang model yang memperagakan pakaiannya dan di dadanya terdapat tulisan nama Nabi Muhammad S.A.W yang ditulis dalam keadaan terbalik. Suasana bertambah buruk lagi apabila model tersebut tidak menutup aurat sepertimana yang dikehendaki oleh syarak. Adakah layak bagi seorang Nabi yang menjadi sanjungan ummat seluruh alam diperagakan sebegini rupa? Sudahlah nama yang mulia tersebut diletakkan pada tempat yang tidak sesuai, malah dihina pula dengan pakaian yang sedikit pun tidak menunjukkan ciri-ciri wanita muslimah berdasarkan tujuan asal festival tersebut di anjurkan.


Berdasarkan isu ini eloklah kita melihat dari segi pandangan syarak berkenaan permasalahan ini seperti berikut :
  1. Ciri-ciri pakaian muslimah yang sebenar
  2. Hukum menghina Nabi S.A.W.

Ciri-ciri pakaian muslimah yang sebenar

Menurut ayat Al-Quran dalam suran An-Nuur Allah S.W.T berfirman :

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”. ( Surah An-Nuur, Ayat 31 ).
 

Berpandukan ayat ini jelas kepada kita, menunjukkan cara pakaian muslimah sebenar yang dituntut oleh Islam adalah seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran di atas. Jika kita melihat kepada majlis yang dianjurkan pada baru-baru ini adakah ia memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh Islam? Malah model tersebut memperagakan pula kepada penonton yang sudah pasti tiada hubungan kekeluargaan yang dibolehkan oleh syarak untuk melihatnya. Dan kebiasaannya, pertunjukkan fesyen ini jelas terdapatnya unsur-unsur maksiat kerana sama ada ia diperagakan oleh seorang model perempuan mahupun seorang lelaki, ia merupakan suatu perkara yang boleh menaikkan syahwat kepada sidang penonton yang melihat aksi model-model tersebut. Maka perbuatan ini jelas haram di sisi jumhur ulamak.

Nas Ulamak Berkenaan Pengharaman Tersebut :
  1. Berkata Imam Muhammad Amin Ibn ‘Abidin dalam kitabnya Hashiyyah Ibn ‘Abidin : “Tidak dibolehkan melihat sesuatu sudut pun dari bentuk badan seorang wanita yang ajnabi, kerana pengharaman melihat itu kerana takut timbulnya fitnah disebabkan perhiasan yang terdapat pada tubuh badan seorang wanita. ( Hashiyyah Ibn ‘Abidin, jilid 3, m/s 261 ).
  2. Berkata As-Syeikh Al-‘Adawi dalam kitabnya Hashyiah kepada Syarah Al-Kharasyi : “Tidak dibolehkan bagi seorang wanita muslimah menunjukkan perhiasan tubuh badannya kepada orang kafir, walaupun wajah dan kedua tapak tangan bukanlah aurat pada asalnya”. ( Hashiyyah Al-‘Adawi, juzuk 1, m/s 347 ).
  3. Berkata Imam An-Nawawi dalam kitabnya Majmuk : “Apabila melihat seorang lelaki kepada wanita yang ajnabiah dengan tanpa sebab yang munasabah, maka di haramkan kepadanya untuk melihat walaupun tidak melihat kepada aurat pelempuan tersebut”. ( Majmuk, juzuk 16, m/s 138 ).
Ini antara beberapa pandangan ulamak berkenaan pandangan seseorang kepada wanita, dan di sini jelas berlaku unsur-unsur kemaksiatan ketika festival tersebut sedang berlangsung. Umumnya di sini, pengharaman aktiviti memperagakan fesyen adalah sangat jelas, kerana banyak batas-batas agama yang tidak dijaga dalam majlis tersebut, seperti :
  1. Peraga fasyen lelaki / wanita mendedahkan aurat kepada sidang penonton.
  2. Percampuran antara lelaki dan perempuan dalam majlis tertutup yang boleh menimbulkan fitnah.
  3. Membangkitkan syahwat sidang penonton ketika melihat model mengenakan pakaian yang menjolok mata.

Semua ini secara pastinya berlaku ketika majlis tersebut berlangsung, maka majlis ini secara dasarnya adalah dilarang oleh syarak berdasarkan dalil yang telah dilampirkan di atas. Setelah kita mengetahui tentang pengharaman festival tersebut yang mempunyai unsur-unsur maksiat, jadi bagaimana pula hukum berkenaan dengan salah seorang daripada model ketika memperagakan pakaiannya yang tertulis nama Nabi Muhammad S.A.W secara terbalik di dadanya? Adakah ini dikatakan sebagai fasyen yang berbentuk islamik, tetapi melihat kepada pakaian model tersebut tidak melambangkan ciri-ciri pemakaian muslimah yang sebenar? Perkara ini jelas salah satu penghinaan terhadap Islam dan menghina Rasulullah S.A.W itu sendiri dengan meletakkan sesuatu yang mulia di tempat yang hina dengan melakarkan nama baginda di pakian yang sedemikian.

Hukum Menghina Nabi S.A.W

Mengenai hukum penghinaan Nabi ini suatu hukum yang dibahas panjang oleh para ulamak, kerana ia berkait dengan masalah akidah. Jumhur ulamak bersepakat bahawa, "walaupun sesorang itu mengakui bahawa Allah S.W.T itu tuhan yang patut di sembah, tetapi tidak beriman dengan Rasulnya, maka ia tetap dikira sebagai seorang yang kufur dari sudut pandangan Islam". Ini menunjukkan bahawa nilai seorang Rasul menurut pandangan syarak. Berdasarkan kemuliaan ini, adakah layak bagi mereka yang cuba untuk mempersendakan Nabi yang telah banyak berjasa kepada ummat Islam seluruhnya sebegitu rupa?

Menurut pandangan Ulamak terhadap penghinaan Nabi boleh di ringkaskan seperti berikut :

Penghinaan Daripada Orang Islam
  1. Berkata Qadhi E’yadh : “Telah bersepakat sekalian ulamak bahawa membunuh dikalangan orang Islam yang mencerca dan menghina Nabi S.A.W”. (As-Syifa’ Bi Ta’rif Huquq Al-Musthofa, jilid 2, m/s 211).
  2. Berkata Abu Bakar Ibn Al-Munzir : “Sepakat para ahli ilmu bahawa menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang menghina Rasulullah S.A.W”. (Tabqaat As-Syafi’ah Al-Kubra, jilid 3, m/s 102).
  3. Berkata Abu Sulaiman Al-Khattabi : “Aku tidak mengetahui bahawa ada pendapat yang berbeza pada menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang Islam menghina akan Nabi Muhammad S.A.W”. (Mukhtasar As-Sunan, juzuk 6, m/s 199 ).
Hukum Menghina Nabi S.A.W Berdasarkan Qias

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W :


“Sesiapa yang menukar agamanya ( Islam ) maka bunuhlah ia” . (Sahih Imam Al-Bukhari, no hadis 3017 dan 6922, hadis riwayat Ibnu ‘Abbas).

Menurut pandangan Ulamak, bahawa seseorang yang menghina Nabi itu juga dikira sebagai orang yang murtad, dan hukumnya juga sama seperti hukuman yang di jatuhkan ke atas orang yang murtad iaitu bunuh. Ini kerana perbuatan menghina Nabi S.A.W lebih teruk berbanding orang yang murtad sahaja. ( As-Saif Al-Maslul ‘Ala Man Sabba Ar-Rasul, m/s 151 ).

Inilah sebahagian dalil yang menunjukkan bahawa jenayah penghinaan Nabi ini amat berat sehingga boleh melucutkan akidah seseorang muslim. Adapun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada pesalah untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang sebenar dan berazam agar tidak mengulangi semula perbuatan tersebut. Ini juga berdasarkan qias bagi pesalah yang murtad dari agama Islam, dan masa yang diberikan selama tiga hari untuk seseorang itu bertaubat.

Berkata Muhammad Bin Shahnun daripada Ibn Qasim :

“Orang yang murtad diseru kembali kepada Islam sebanyak tiga kali, jika ia masih enggan maka pancunglah lehernya”. ( Al-Musannaf, juzuk 10, m/s 127).


Dalil Penerimaan Taubat
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( surah Az-Zumar, ayat 53).

“Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum Yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan Bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum Yang zalim. mereka itu balasannya ialah Bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman). mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian; kecuali orang-orang Yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( Surah Ali Imran, ayat 86-89 )

Berdasarkan nas ini, ia menjadi dalil kepada penerimaan taubat bagi mereka yang murtad, dan secara umumnya jenayah penghinaan terhadap Nabi S.A.W juga termasuk di dalam ayat tersebut, berpandukan qias yang dinyatakan sebelum ini. ( As-Saif Al-Maslul ‘Ala Man Sabba Ar-Rasul, m/s 175).

Kesimpulan daripada perbahasan di atas, isu yang telah berlaku ini bukanlah suatu perkara yang remeh dan jarang berlaku dalam masyarakat kita, malah perkara tersebut sering berlaku sejak kebelakangan ini. Kita mengharapkan kepada kepimpinan Islam yang berani menyatakan kebenaran dan membanteras kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita.
 


Suka? Like lah. Arnab lari sangat pantas , butang Follow diatas! Apalagi? Follow lah ;)

✿ PENGARUH YAHUDI DALAM PERMAINAN HARIAN ✿



Devil May Cry 3

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.





Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.
"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".



Clive Barker Undying



Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.




Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.
Zack And Wiki



Luahan dari seorang gamer Wii:

Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.
Prince Of Persia



Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.
Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes



Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".
Stronghold Crusader



Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.
Guitar Hero 3 Legends Of Rock



Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.



Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.



Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.



Resident Evil 4



Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.





Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.



Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.




Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.
 


Suka? Like lah. Arnab lari sangat pantas , butang Follow diatas! Apalagi? Follow lah ;)

✿ MATLAMAT BERKASIH SAYANG N MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH ✿



     Ingin hidup berpasangan dan saling cinta mencintai merupakan fitrah bagi setia insan. Bohonglah sekiranya terdapat insan yang tidak peduli lansung tentang cinta dan jodoh. '' Aku tak perlukan sesiapa dalam hidup aku..hidup dan matiku hanya untuk Allah''. Rasulullah sendiri pernah menegur seorang lelaki yang sangup berlapar & enggan berkahwin semata-mata ingin mengabdikan diri kepada Allah. So, kita semua perlukan seseorang dalam hidup untuk berkasih sayang.Namun, janganlah keterlaluan sehingga menjadikan matlamat berkasih sayang sebagai satu- satunya matlamat hidup. Sebagai hamba Allah, tentunya matlamat kita yang utama ialah menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.Oleh itu, unuk mencapai matlamat kita yang utama,pastikan misi-misi kita yang lain juga seiring dalam mencapai matlamat yang utama. Ini termasuklah misi kita dalam mencari pasangan yang terbaik..!

  Tahukah sahabat-sahabat terdapat juga wanita yang menyayangi 'suami'nya lama dahulu sebelum mereka jatuh cinta?? Keinginan untuk mencari dan mendapatkan yang terbaik menyebabkan mereka mendambakan seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang baik dan terpuji. Kebetulan pula, contoh lelaki yang mereka lihat menepati ciri-ciri tersebut dan akhirnya benar- benar menjadi suami mereka. Wallahu'alam.Jodoh adalah perancangan Tuhan. Setiap orang telah ditetapkan rezekinya ( termasuk jodoh).

Di bawah ni ada cerita mengenai beberapa wanita yang telah lama 'menyayangi suaminya' lama sebelum mereka jatuh cinta :

                                                                KISAH KAK Rina

  Saya bertemu beliau di satu kursus dan kebetulan menjadi rakan sebilik saya. Entah macam mana terkeluar cerita kahwin. Saya tanya,"bagaimana boleh kenal?"
Menurut Kak Rina, mereka berdua satu universiti tetapi tidak pernah berbual. Kak Rina akui, suaminya semasa zaman pelajar adalah antara pemuda yang 'baik-baik'. "Ada satu kali, masa tengah bersembang dengan seorang kawan perempuan, dia (suami) lalu di tepi kami. Akak berbisik kat kawan, andai aku diberikan suami, nak yang macam dia...." beritahu Kak Rina sambil tersenyum.

                                                                      KISAH Huda

  Huda sepupu yang baru balik dari Syria. Saya bertandang ke rumah mereka untuk meraikan majlis walimah beliau dan abangnya. Malam itu, saya menumpang tidur sebilik. Saya bertanya,"bagaimana boleh kenal?"
Menurut Huda, dia sudah mengenali suaminya sepanjang pengajian di Syria dan kebetulan adalah kawan baik abangnya. Namun, mereka tidak pernah bersembang lebih dari urusan persatuan. Beberapa bulan balik dari Syria, si kawan abang masuk merisik. Akui Huda, "walaupun kami tidak pernah bersembang, saya kagumi sifat dan sikap beliau. Harapan saya masa kat Syria dulu, semoga saya memperolehi bakal suami sebaik beliau," beritahu Huda, tersipu.

KISAH A

  Saya berjumpa Aisya di satu Konvensyen Islam di Amerika. Usianya masih belasan tahun. Ketika itu, usia saya baru menginjak 22 tahun. Apabila mendapat tahu dia baru seminggu melangsungkan majlis walimahnya, sambil mengenggam tangannya dan gelak gembira, saya berkata,"I'm sooo jealous..."
Aisya balas genggam tangan saya sambil memandang tepat ke mata, "you should not say that to a friend. You should say, I'm happy for you," dia tersenyum sambil menambah,"...and ask Allah to give me the same happiness

  Sesungguhya perancangan Allah itu sungguh cantik. Dan yakinlah dengan janji Allah dalam surah an-Nur ayat 26. Sekiranya kita baik dan sentiasa menjaga tingkah laku kita, sudah pasti kita juga akan mendapat yang terbaik untuk kita. Namun, jodoh pertemuan sudah diaturkan Allah hanya Allah yang maha mengetahui bagaimana jodoh kita. TETAPI keinginan untuk mencari dan mengahwini yang terbaik itu harus disematkan dalam diri di samping menjadikan diri soleh/solehah. Apalah gunanya jika mengingini yang soleh tetapi diri tidak sesolehah mana dan begitulah sebaliknya.



(nama2 watak adlah rekaan semata2..)


Suka? Like lah. Arnab lari sangat pantas , butang Follow diatas! Apalagi? Follow lah ;)

✿ Erti Lelaki Sejati ^^ ✿




Erti Lelaki Sejati - Satu Tanda Aras........


Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, tetapi dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran.

Lelaki Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, tetapi dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, tetapi dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, tetapi bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, tetapi dari hati yang ada dibalik itu.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap Wanita yang dicintai.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.

Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci, melainkan bukti yang pasti.

Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki!

Wallahu'alam.............. 


Suka? Like lah. Arnab lari sangat pantas , butang Follow diatas! Apalagi? Follow lah ;)

✿ Perempuan Tidak Suka Lelaki Yang.. ✿





 Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. 
Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. 

2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. 
Segala gerak-geri kekasih dikawal, 
sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. 
Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, 
kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. 
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… 
macam mana tu? 

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, 
tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, 
tentu rasa tak selesa juga.
Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. 
Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. 
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. 
Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang! 

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. 
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. 
Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. 
Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, 
bagaimana kalau siap sepak terajang? 
Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! 
Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? 
Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, 
cuma kena pandai-pandai mengawallah. 
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!! 

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. 
Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. 
Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. 
Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, 
ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. 
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, 
ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. 
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, 
dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. 
Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok. 

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. 
Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. 
Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. 
Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. 
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. 

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. 
Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. 
Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. 
Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda. 

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. 
Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. 
Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. 

9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). 
Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. 
Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. 
Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang! 

10. PERASAN
Aduhaiii… 
lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, 
berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. 
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.
Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. 
Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, 
kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… 
ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… 
hahaha sedarlah! 

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. 
lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. 
Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
egolah katakan! 
Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai. 

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. 
Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, 
pantas pula melaksanakannya. 
Jika berkaitan teman wanita, 
alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. 
Mengapa ya? 
Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan. 

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. 
Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. 
Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, 
tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? 
Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!! 

14. TERLALU KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.
Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. 
Kalau keluar bersama, 
selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. 
Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. 
Paling tidak pun, 
seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. 
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa… 

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. 
Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! 
Ada juga yang jarang basuh seluar, 
pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. 
Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? 
Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya. 

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. 
Macam ‘food machine’. 
Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. 
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. 
Buat apa terkejar-kejar? 

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. 
Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. 
Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. 
Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? 
Kalau ada masalah pula, 
kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. 
Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, 
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, 
jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. 
Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula. 

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. 
Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. 
Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, 
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. 
Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. 
Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda. 

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. 
Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. 
Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, 
perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. 
Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! 
Jujurlah pada pasangan anda. 

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. 
hancur je yang lebih kot! 
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. 
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. 
Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga! 


Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. 
Dan bergaullah dengan mereka secara patut. 
Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya ( isteri ) kebaikan yang banyak.
( An Nisa 4 : 19 ) 


Suka? Like lah. Arnab lari sangat pantas , butang Follow diatas! Apalagi? Follow lah ;)